Isnin, 6 Januari 2014

Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan iThink...

Apabila berbicara tentang Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), ianya merupakan satu usaha murni pihak KPM dalam melahirkan para pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Salah satu metod yang digunakan untuk mencapai KBAT ini adalah melalui iThink. Ianya merupakan satu kaedah yang menggunakan Peta Pemikiran dalam pedagogi para guru untuk mencambah idea para pelajar sewaktu proses p&p.
Walaupun pada mulanya agak merasa sukar untuk difahami, tetapi setelah melalui LADAP barulah mendapat sedikit pencerahan. Ianya tidak lari dari kaedah Kemahiran Belajar yang disampaikan oleh para GBKSM di sekolah-sekolah menengah. Ianya berkaitan dengan Kemahiran Mencatat Nota yang biasanya disampaikan kepada para pelajar tingkatan satu.
Pada pandangan saya secara peribadi, iThink ini walaupun menggunakan idea lama dalam teknik mencatat nota, tetapi ianya amat menarik untuk diaplikasi dalam proses p&p setelah diberikan nafas baru. Saya telah cuba untuk aplikasi untuk membuat nota, hasilnya amat menakjubkan. Kaedah Peta Pemikiran yang diaplikasi melalui iThink berupaya menggerakkan kembali minda saya yang dah agak karat sedikit ini untuk kembali berfikir.
Saya percaya sekiranya kaedah iThink ini cuba diaplikasi sewaktu proses p&p, ianya akan membuahkan hasil meskipun para guru yang mengajar akan menghadapi sedikit kesukaran pada permulaannya. Hal ini kerana kaedah iThink memerlukan masa yang lebih agar para pelajar dapat berfikir bagi mencambah idea serta berpeluang untuk berinteraksi sesama mereka dan dengan guru. Tidak salah untuk mencuba perkara baru dalam pedagogi p&p.
Berikut adalah lapan gaya Peta Pemikiran dalam iThink.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSnRIIa-nLCpeWEMTMB8ON2T4m4c3x1ldnMKlAbWeqMTC_nji2qTzDtteev7H6h9k_QWCnJtanrOxoZ0pWxBc1RvsIPIDxqTwhPRdApnsMze01prSR0lHuaXvxf6b-lQuuPdnUb5HA8wax/s1600/peta+pemikiran.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan